Ini pula pergola untuk pokok kesidang (kerak nasi)..berbunga putih dan mengeluarkan bau wangi seperti pandan....saper2 datang mesti tegur..'masak nasi lemak ker?'
Duduk bawah pergola nih memang bestt...
Kayu yang aku guna untuk projek nih juga menggunakan kayu terpakai dari kedai yang sama...sampai tauke kedai pun dah cam muka aku....kih..kih..kih
Oleh kerana dah cam muka aku yang selalu melilau kat kedai dia survey kayu ...aper lagi siap kasi diskaun lagi kat aku dan kalau tak puas hati ker kayu tak ikut spec yang aku nak siap bulih tukar lagi.....maklum ler walaupun kayu terpakai tapi aku masih mahukan ia berkualiti dan seperti yang dirancangkan sebab projek ini 'outdoor'...kalu bulih takmau ader yang kena hempap dek kayu nanti....