Monday, November 1, 2010

Projek DIY Kolam Ikan

Oktober 2010 - Cadangan membina kolam ikan
Lokasi - Koridor tepi rumah
Saiz - 10' x 5' ( ini anggaran perangcangan )
Material - Cangkul , penyodok dan baldi ( untuk punggah tanah )

Langkah pertama kenal pasti kawasan yang sesuai:

Ini dia kawasan yang bakal dijadikan kolam ikan.
 Kawasan ni tak berapa subur...rumput pun tak mau nak hidup...

Setelah disukat panjang lebar..maka bermulalah kerja -kerja mengali lubang...yahh keras betul tanah nih..dah lama tak hujan kat sini...

Tengok lebih kurang 1 kaki tanah dicangkul - rupanya kat rumah nih tanah ditambak menggunakan sisa binaan seperti batu,syiling sisa pecahan atap..emmm patut ler tanam rumput pun tak mau hidup...
selepas 1 kaki barulah jumpa tanah pasir (tanah asal)....jadi pengajaran kalu nak tanam rumput perlu buat
top soil dulu ye!