Monday, November 1, 2010

Projek DIY Kolam Ikan

Oktober 2010 - Cadangan membina kolam ikan
Lokasi - Koridor tepi rumah
Saiz - 10' x 5' ( ini anggaran perangcangan )
Material - Cangkul , penyodok dan baldi ( untuk punggah tanah )

Langkah pertama kenal pasti kawasan yang sesuai:

Ini dia kawasan yang bakal dijadikan kolam ikan.
 Kawasan ni tak berapa subur...rumput pun tak mau nak hidup...

Setelah disukat panjang lebar..maka bermulalah kerja -kerja mengali lubang...yahh keras betul tanah nih..dah lama tak hujan kat sini...

Tengok lebih kurang 1 kaki tanah dicangkul - rupanya kat rumah nih tanah ditambak menggunakan sisa binaan seperti batu,syiling sisa pecahan atap..emmm patut ler tanam rumput pun tak mau hidup...
selepas 1 kaki barulah jumpa tanah pasir (tanah asal)....jadi pengajaran kalu nak tanam rumput perlu buat
top soil dulu ye!

Sunday, October 24, 2010

DIY Pergola + Pokok Kesidang


Ini pula pergola untuk pokok kesidang (kerak nasi)..berbunga putih dan mengeluarkan bau wangi seperti pandan....saper2 datang mesti tegur..'masak nasi lemak ker?'

Duduk bawah pergola nih memang bestt...






Kayu yang aku guna untuk projek nih juga menggunakan kayu terpakai dari kedai yang sama...sampai tauke kedai pun dah cam muka aku....kih..kih..kih

Oleh kerana dah cam muka aku yang selalu melilau kat kedai dia survey kayu  ...aper lagi siap kasi  diskaun lagi kat aku dan kalau tak puas hati ker kayu tak ikut spec yang aku nak siap bulih tukar lagi.....maklum ler walaupun kayu terpakai tapi aku masih mahukan ia berkualiti dan seperti yang dirancangkan sebab projek ini 'outdoor'...kalu bulih takmau ader yang kena hempap dek kayu nanti....




Saturday, October 23, 2010

DIY Pergola + Polycarbonet

Ini projek pergola kedua....selepas pergola untuk porch kereta...Pergola nih dilengkapi dengan bumbung polycarbonet ...pun aku beli dan pasang sendiri ...marah betoi tokey kedai awning ...dia kata 'macam nih x boleh cari makan maa' kalu semua org bikin awning sendiri...hihihihihi...upah mahal mengalahkan harga barang....terpaksa ler aku DIY...



Polycarbonet nih aku guna yang jenis 'solid' warna coklat terang supaya cahaya bulih masuk jadi tak perlu berlampu bila bulan terang.....hehehehehe 'romantik ler pulop'...

Area nih juga dilengkapi dengan 'Pelantaian Kayu' atau 'wood deck' cakap orang putih....hihihihi....emmm sesuaii....

emmm....sesuaii...sebab tanah sekangkang kera nih pun tak sampai hati aku nak simenkan....sebab bulih juga aku jadikan taman kecil molek untuk aku cuci mata @ bersantai....

DIY Pergola

Bahan yang penting ...kayu ler..nih aku pi beli kat kedai keling botol (maksudnyer kedai scrap)...murah dan jimat kos...kayu cengal batu + cengal mas ...ehhh kalu nak beli yang baru 1 tan = Rm 4000.00 itu pun belum potong dan ketam....jadi nasib baik ada kedai macam nih....

ukuran kayu :
 6'' X 6'' X 6' = 2 pcs
2"X6"X16' = 2 pcs
2"X5"X16'= 15 pcs


 

Hujung kayu aku buat potongan berlekok sikit supaya nampak ada seni. Apa yang penting ialah 'Jigsaw' kalu gergaji biasa susah sikit sebab kayu keras bebbb...cengal batu mahu tercabut bahu....huhuhuhu


Kalau nak nampak kerja kayu ni ada seni dan bermutu tinggi emmm mesti ada kerja 'tanggam' hua..hua..hua...nih tebuk lubang pakai pahat ngan tukul...memang perlukan kesabaran,ketelitian dan perhatian masa buat kerja memahat nih....

Apabila semua dah siap maka kayu2 dinaikkan dan letak pada kedudukan masing2....nih aku letak jarak satu kaki satu batang..baru nampak kemas dan teguh...nak naikkan bendaalah nih sekurang2nyer perlukan 2-3 org helper...berat maa...gaji pakai jam..hua..hua..hua

Pastu jangan lupa cat kayu tersebut lagi2 nih kayu secondhand ...tutup kelemahan tampil kehebatan....


Nahhh... maka tersergam indah Pergola Idamanku..
Macam tak cayerr jer...DIY

Friday, October 22, 2010

Proses Penukaran Atap Gazebo (PONDOK)


Pondok ini pada mulanya menggunakan atap nipah (murah sikit dan nampak tradisional) oleh kerana sudah lima tahun ..emmm bermula proses pereputan pada atap tersebut..masalah bocor pun terjadi apabila hujan..dengan kata lain sudah sampai masa untuk menukar atap tersebut.

Ini dia jenis atap baru yang akan menggantikan atap nipah.....masalah kebocoran settle.....

 Tu dia tukang yang sedang menggantikan atap pondok ...hehehehe..terima
kasih ...bukan ringan ekk atap nih...berat seyyy...

Itu dia atap pondok baru yang telah siap dipasang...emmm ambil masa 2 hari juga untuk menyiapkannya....uuhhh berpeluhhh..

 Beginilah rupa bumbung pondok yang siap diganti dengan atap genting.





Tuesday, October 19, 2010